10:30:00 PG

Ya Allah….,berikanla ku kekuatan


Hebatnya ujian yang menimpa diri ini, ya Allah....berikanlah aku kekuatan,kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala kesulitan. Hanya Allah tempat aku mengadu…,memohon segala hajat,menitiskan air mata keinsafan dan airmata kegembiraan. Aku sangat bersyukur kerana diberi ujian sebegini walaupun ia amat berat untuk aku pikul sebenarnya. Tapi aku yakin setiap detik yang berlaku,pasti ada hikmah disebaliknya…,aku sentiasa bersangka baik setiap apa yang berlaku walaupun pahit untuk aku lalui semua ni. Setiap kali aku ditimpa kesusahan,aku akan cuba muhasah diri, bersabar dan berdoa. “hanya Allah tempat aku bergantung harap”

Memang tidak dinafikan, begitu banyak perkara yang perlu aku lalui sekarang ni, tapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat dilubuk hati ini..,

1:53:00 PG

ISLAM DAN SEKULARISME

AL-ATTAS DAN AL-QARDHAWY: TENTANG ISLAM DAN SEKULARISME
(Jawaban tegas dua ilmuan Islam komtemporer)
Oleh: Dr. Ugi Suharto

Pada tahun 1978 Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menerbitkan sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang berjudul Islam and Secularism. Karya ini telah mendapat sambutan yang luas di dunia Islam dengan terdapatnya terjemahan di dalam berbagai bahasa dunia termasuk bahasa Arab, Turki, Farsi, Urdu, Hindi, Malayalam, Indonesia, Bosnia, dan Albania. Gema kandungan karya ini yang menegaskan bahwa Islam menentang gagasan sekular turut disuarakan oleh seorang ilmuwan Islam yang lain, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi menerusi karyanya al-Islam wa al-'Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin yang terbit terkemudian, yaitu sekitar tahun 1987. Kedua-dua ilmuwan Islam ini sama-sama sependapat bahawa sekularisme adalah bertentangan dengan Islam. Kesejajaran pemahaman ini, yang dikumandangkan oleh dua orang bijaksana Islam yang berwibawa lagi dithiqahi keilmuannya, memberikan kekuatan dalam pemikiran kepada kaum Muslimin pada hari ini untuk terus mempertahankan diri dari terumbang-ambing dengan gagasan sekularisasi dan sekaligus melawan balik gagasan yang akan merusakkan agama Islam, sebagaimana ia pernah merusakkan agama yang lain dalam sejarahnya.

Istilah sekularisme dan terjemahannya kedalam bahasa Arab 'ilmaniyyah atau 'almaniyyah turut menjadi perhatian kedua-dua ilmuwan ini. Dikalangan orang Arab sendiri ada orang yang menterjemahkan sekularisme sebagai 'ilmaniyyah, iaitu dari akar kata al-'ilm (ilmu) yang mendapat akhiran 'alif' dan 'nun' serta "ya'" yang menunjukkan sifat kepada ilmu, seperti pada perkataan ruh yang menjadi ruhaniyyah atau rabb yang menjadi rabbaniyyah, maka 'ilm menjadi 'ilmaniyyah. Sebahagian yang lain pula menterjemahkannya sebagai 'almaniyyah yang berasal dari perkataan al-'alam (alam), walaupun dari akar kata ini sepatutnya ia menjadi perkataan 'alamaniyyah, namun yang umum digunakan adalah istilah 'almaniyyah. Al-Qaradawi lebih cenderung kepada 'ilmaniyyah, sedangkan al-Attas lebih kepada 'almaniyyah. Perbedaan penggunaan terjemahan ini sekaligus menunjukkan bahawa istilah sekularisme yang cuba diterjemahkan kedalam bahasa Arab memang tidak mempunyai akar yang kokoh dalam pandangan hidup Islam. Perlu disebutkan juga bahwa kedua-dua ilmuwan kita menolak secara tegas terjemahan-terjemahan di atas.

Al-Qaradawi misalnya menyatakan bahwa menterjemahkan sekularisme sebagai 'ilmaniyyah adalah bukan saja "satu terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah)", tetapi juga "satu terjemahan yang tidak betul (ghayru sahihah)," karena "perkataan [sekularisme] itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan lafaz al-'ilm (ilmu) dan akar katanya." Beliau menambahkan lagi bahawa "terjemahan perkataan asing dengan lafaz 'ilmaniyyah ini disebabkan oleh orang-orang yang menterjemahkannya tidak memahami perkataan al-din dan al-'ilm melainkan hanya dengan ide Barat Kristian, yang memang bagi orang Barat (al-insan al-gharbi) agama dan ilmu mereka itu adalah saling bertentangan." Al-Qaradawi selanjutnya menyimpulkan bahawa menterjemahkan sekularisme dengan 'ilmaniyyah dan mengkaitkannya dengan ilmu adalah "suatu usaha untuk menjadikannya satu makna dengan istilah 'ilmiyyah." dan karenanya, menurut al-Qaradawi, adalah "penipuan yang (patut) dikemukakan".

Seiring dengan al-Qaradawi, al-Attas telah pun jugamengaitkan proses penterjemahan itu dengan gagasan Kristian Barat dan para penterjemah mereka. Namun bukan hanya itu, al-Attas bahkan menyesalkan terjemahan itu dibenarkan beredar dikalangan kaum Muslimin Arab pada hari ini.

This translation of the term and its various grammatical forms, in the sense understood by the Western Christian Church and its Christian Arab translators, has been allowed to gain currency in contemporary mainstream Islamic Arabic, despite the clear fact that it has no relevance whatsoever to Islam and to the Muslim ummah.

Apa yang disifatkan oleh al-Qaradawi sebagai penipuan diakui juga oleh al-Attas sebagai suatu usaha penyebaran gagasan pemisahan dalam pemikiran kaum Muslimin secara halus.

I strongly believe with sound reason that the arabization and introduction of the ambivalent concept of 'almaniyyah into mainstream contemporary Arabic is largely responsible for insinuating into the Muslim mind the dichotomous separation of the sacred and the profane, creating therein the socio-political notion of an unbridgeable gap separating what it considers to be a 'theocratic state' from a 'secular state.'

Al-Attas menekankan pentingnya penggunaan istilah yang betul dalam bahasa. Menurut al-Attas, bahasa mencerminkan "ontology". Oleh sebab itu, penggunaan istilah yang salah dalam berbahasa bukan sahaja memberi makna yang salah dalam bahasa itu sendiri, tetapi juga akan merusak cara berfikir orang yang berbahasa. Lebih-lebih lagi, apabila istilah yang salah itu terkait dengan perkara-perkara yang fundamental dalam kehidupan, seperti tentang Tuhan, agama, nilai, pandangan hidup, dan sebagainya, maka hal itu akan merusak cara berfikir seseorang mengenai hakikat kewujudan dan kebenaran. Oleh kerana wahyu itu sendiri disampaikan menerusi bahasa, maka kerusakan makna konsep-konsep yang berdasarkan wahyu, dengan sendirinya akan merusakkan wahyu itu sendiri.

Al-Attas selanjutnya menelusuri asal-usul perkataan sekularisme. Walaupun al-Qaradawi juga membahas etimologi sekularisime, namun uraian al-Attas mengenai etymology sekularisme lebih mendalam dan lebih terperinci. Al-Qaradawi yang menulis dalam bahasa Arab hanya menyandarkan perkataan sekularisme berasal dari perkataan Inggeris secularize dan istilah Perancis laïque, sedangkan al-Attas yang menulis dalam bahasa Inggeris menyandarkan perkataan itu dari bahasa Latin, yang menjadi sumber kepada bahasa Inggeris itu sendiri. Menurut al-Attas, istilah Inggeris secular berasal dari bahasa Latin saeculum yang mempunyai pengertian time (masa) dan location (tempat atau kedudukan). Saeculum berarti masakini di sini, yang mana masakini berarti masa sekarang, dan di sini pula bermaksud kepada di dunia ini. Jadi faham sekular, menurut al-Attas, merujuk kepada makna dan faham "kedisinikinian". Oleh itu kalaulah perkataan sekularisme itu ingin diterjemahkan juga kedalam bahasa Arab, maka terjemahan harfiah yang paling tepat adalah perkataan hunalaniyyah berdasarkan kepada dua perkataan Arab; huna yang bermaksud di sini dan al-an yang bermaksud kini. Jadi al-hunalaniyyah adalah faham "kedisinikinian" yang tercermin dalam istilah secularism.

Berdasarkan penelitian etymology itu, al-Attas menyimpulkan bahwa terjemahan sekularisme ke dalam bahasa Arab sebagai 'almaniyyah sebenarnya tidak menjelaskan pengertian ide itu sendiri yang secara konseptualnya lebih mendekati ide waqi'iyyah yang mempunyai kaitan dengan aliran positivisme.

Kesimpulan beliau adalah: 'Almaniyyah, then, cannot be a description of 'secularism'; as it seems to me nearer to the truth to describe it as waqi'iyyah in view of its close conceptual connection with the philosophical ideology of positivism.

Jadi istilah al-waqi'iyyah menurut al-Attas lebih mendekati pengertian faham sekular itu sendiri. Namun menurut al-Qaradawi, yang sejak awal memfokuskan pertentangan antara al-'ilm (ilmu) dan al-din (agama) dalam konsepsi pemikiran dan pengalaman orang Barat, pengertian sekularisme itu sinonim dengan konsep alladiniyyah (tidak ada agama) atau al-dunyawiyyah (dunia tiada hubungan dengan agama). Beliau yang juga tidak menghuraikan asal-usul perkataan sekularisme secara terperinci kemudiannya menerjemahkan konsep sekularisme sebagai berikut:

Terjemahan yang betul untuk perkataan ini [yaitu sekularisme] adalah alladiniyyah atau al-dunyawiyyah. Hal ini bukan bermakna menomorduakan sesuatu yang bersifat ukhrawi semata-mata, tetapi [sekularisme] mempunyai makna yang lebih khusus, yaitu makna yang tidak mempunyai hubungan dengan agama (al-din), ataupun kalau ada hubungannya dengan agama, maka hubungan itu adalah hubungan pertentangan.

Namun mengenai hubungan agama dan sekularisme, al-Qaradawi tetap mengakui teori kebebasan agama yang dianut oleh sekularisme, walaupun definisi kebebasan agama itu tidak sesuai untuk Islam. Al-Qaradawi berkata: Sekularisme liberal tidak melarang umat manusia untuk beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhir. Karena sekularisme jenis ini punya prinsip "mengakui kebebasan beragama bagi setiap manusia". Ini adalah haknya yang telah diakui oleh piagam internasional dan telah dijalani oleh undang-undang baru. Minimal dari segi teori. Tetapi di 'negeri Islam', Islam tidak merasa puas akidahnya hanya sebatas diperkenankan untuk diyakini.

Mengenai ide 'dunyawiyah' pula al-Qaradawi tidak memberikan apa-apa ulasan. Berbeda dengan al-Qaradawi, al-Attas mengomentari lebih lanjut mengenai makna sekular dan kaitannya dengan kehidupan dunia, sbb: If the nearest equivalent were to be found in Islam to the concept secular, then it would be that which is connoted by the Quranic concept of al-hayat al-dunya: 'the worldly life'. . . The Holy Qur'an only warns of the distracting and the ephemeral nature of life in the world. The warning emphasis in the concept of al-hayat al-dunya is the life in it, not the world, so that the world and nature are not demeaned as implied in the concept secular. That is why I said that al-hayat al-dunya is the nearest equivalent to the concept secular, because in actual fact there is no real equivalent concept in the worldview if Islam projected by the Holy Qur'an.

Jadi, penjelasan al-Qaradawi tentang sekularisme masih umum, sedangkan al-Attas lebih memerinci lagi yang menyimpulkannya sebagai ide yang lebih dekat dengan ideologi positivisme yang memang bertentangan dengan Islam. Pertentangan ideologi ini terjadi karena positivisme menyatakan bahwa wujud di alam ini hanyalah fakta (dalam arti physics) dan tidak ada makna disebalik fakta (metaphysics), sedangkan bagi pandangan alam Islam, selain mengakui adanya faktadunia ini, masih ada lagi makna yang lebih besar yang bahkan mendasarinya, yaitu alam ruhani dan alam ukhrawi.

Sekalipun konsep sekularisme boleh didekatkan pengertiannya dengan gagasan waqi'iyyah, yang oleh al-Qaradawi diistilahkan sebagai faham dunyawiyyah, sebagai akibat berbedanya pandangan alam Islam dan ide sekularisme, maka al-Attas menguraikan lebih mendalam lagi dengan mengatakan bahawa istilah sekularisme itu lebih baik tidak diterjemahkan kedalam bahasa Arab, demi menghindari kekeliruan dikalangan kaum Muslimin itu sendiri. Beliau mengambil contoh akan sifat hati-hati para ulama Islam yang terdahulu yang tidak menerjemahkan konsep-konsep asing yang bersumber dari pandangan alam Yunani kedalam bahasa Arab Islam ketika itu. Perkataan-perkataan seperti falsafah, sufasta'iyyah, hayula, dan lain-lain, tidak diterjemahkan tetapi hanya dikekalkan ejaannya. Jadi, dalam pandangan al-Attas, lebih bijaksana jika istilah Inggeris secular diubah tulisannya (to transcribe) menjadi sikular daripada menerjemahkannya menjadi 'almani ataupun 'ilmani. Beliau mengusulkan: So it would be better if the term 'secular' were just transcribed into Arabic spelled sin-ya'-kaf-lam-ra', with kasrah to sin; dammah to kaf; and fathah to lam. In this way we would know at once that the term and the concept is not Islamic Arabic. To arabize such terms and concepts is to introduce confusion in our minds, because that will give the impression that they are natural to Islam and would encourage Muslims not only to think in those terms and concepts, but to actualize such thought that are alien and opposed to Islam into concrete reality.

Dari pemaparan di atas, bisa disimpulkan bahwa al-Attas dan al-Qaradawi sama-sama tidak menyetujui terjemahan sekularisme sebagai 'almaniyyah atau 'ilmaniyyah. Bagi al-Attas konsep sekularisme itu tidak ada terjemahan yang tepat di dalam bahasa Arab. Menurut beliau kalaupun ada aspek-aspek persamaannya maka konsep itu lebih mendekati faham waqi'iyyah yang mempunyai kaitan dengan faham positivisme yang lahir di Barat. Sementara bagi al-Qaradawi, ide sekularime itu ada terjemahannya yang tepat dalam bahasa Islam, iaitu faham ladiniyyah atau dunyawiyyah. Oleh karena itu, al-Qaradawi meningatkan kaum Muslimin supaya berhati-hati dalam menggunakan istilah berkenaan dan mengemukakan penipuan disebaliknya. Al-Attas di sisi lain mengusulkan supaya sekularisme lebih baik diubah tulisannya menjadi sikulariyyah, dan tidak diterjemahkan, demi menghindari kerancuan berfikir kaum Muslimin yang menggunakan istilah itu sehingga memerlukan penjelasan yang panjang untuk memperbetulkannya. Namun sayangnya apabila buku beliau Islam and Secularism diterjemahkan semula baru-baru ini ke dalam bahasa Arab, judul yang digunakan masih juga al-Islam wa al-'Almaniyyah. Ini menunjukkan bahwa istilah itu memang sudah tersebar luas dikalangan orang Arab, dan diakui sendiri oleh al-Attas dalam mukaddimah edisi Arab ini dengan katanya; Penggunaan perkataan 'almaniyyah sebagai terjemahan perkataan Inggeris secularism pada buku ini adalah sebagai akibat dari ketiadaan perkataan yang sesuai dalam bahasa Arab. Lebih-lebih lagi sekarang perkataan 'almani telah menjadi perkataan yang beredar dan diterima, yang apabila dikemukakan penggantinya hal itu memerlukan kepada penjelasan dan pemaparan yang panjang. Dan itulah yang diharapkan dari buku ini untuk menanganinya.

Berangkat dari latar belakang falsafah yang melahirkan faham sekularisme, selanjutnya al-Attas dan al-Qaradawi sama-sama sepakat bahwa pemikiran secular telah dimulakan menerusi pemikiran Aristotle, salah seorang filosof Yunani klasik, yang beranggapan bahwa Tuhan itu jauh dan terpisah dengan alam. Al-Qaradawi menyatakan: Saya telah jelaskan dalam kajian saya bahwa sekularisme di Barat mempunyai landasan pemikiran falsafahnya semenjak zaman Aristotle yang memandang bahwa Tuhan tidak mempunyai hubungan dengan alam, tidak mengetahui sesuatu di alam ini, dan tidak mengurusnya

Dalam hal ini, al-Attas juga menjelaskan secara lebih terperinci bahwa: This philosophic and scientific process which I call 'secularization' involves the divesting of spiritual meaning from the world of nature, the desacralization of politics from human affairs, and the deconsecration of values from the human mind and conduct, both the last two mentioned following logically from the first, which in my opinion found initial movement in the experience and consciousness of Western man in the philosophical foundations laid down chiefly by Aristotle himself.

Saya berpendapat bahwa kesimpulan bahwa Aristotle adalah yang memulakan pemikiran sekularisme, menunjukkan kesejajaran pemikiran dari dua ilmuwan Islam, yang mana sebelum ini tidak ada tokoh semasa yang berkesimpulan sedemikian. Walaupun begitu, terdapat perbedaan penekanan selanjutnya dari kedua-dua ilmuwan ini. Al-Attas di satu sisi memfokuskan pada implikasi epistemic dan pemikiran dari filsafat Aristotle, sedangkan al-Qaradawi memfokuskan pada kesan politik dan pelaksanaannya. Al-Attas menguraikan hubungan Aristotelianism dan implikasinya kepada pemikiran yang dikotomis antara science dengan agama (dalam hal ini Kristen) yang akhirnya memunculkan gagasan renaissance dan enlightenment dikalangan orang-orang Barat, sedangkan al-Qaradawi pula menekankan bahwa ide Aristotle mengenai pemisahan Tuhan dengan alam yang mengakibatkan pemisahan antara gereja dan negara.

Kesan epistemic yang dibahas oleh al-Attas sebenarnya tidak mengesampingkan kesan politik, seperti terlihat dalam petikan "desacralization of politics" di atas, kerana menurut beliau kesan politik itu hanyalah akibat dari kesan epistemic yang terjadi. Di peringkat desacralization of politics bermakna "the abolition of sacral legitimation of political power and authority, which is the prerequisite of political change and hence also social change allowing for the emergence of the historical process," atau dengan perkataan lain "dari sisi politis, setiap manusia bebas untuk memegang tugas pimpinan tanpa kewibawaan dari alam ruhani." Hasil dari kekalahan agama Kristian dalam bidang pemikiran, terutama serangan dari Aristotelianism, maka agama Kristian telah membagi kuasa menafsirkan alam dan menafsirkan kitab suci yang tanpa mempunyai hubungan satu sama lain.

When Aristotle introduced Greek philosophy to the Roman world where Christianity was later to formulate and establish itself as the religion of the Roman Empire and of the West, this pure rationalism and concomitant naturalism, stripping nature of its spiritual meaning that the intellect alone could recognize and seek to fathom, were already prevalent factors in the interpretation of the Roman worldview. No doubt other forms of philosophy that recognized the spiritual significance of nature, a contemplative intellectualism or metaphysics, still existed in both the Greek and Roman worlds, but Aristotelianism held sway over the rest, so that by the time Christianity appeared on the scene pure rationalism and naturalism had already dominated the life and mind of the Latin peoples. Christianity itself came under the influence of this naturalistic portrayal of nature devoid of symbolic significance, and reacted to this influence by demeaning the Kingdom of Nature and neglecting serious contemplation of it in favour of the Kingdom of God having no connection whatever with the world of nature.

Al-Attas seterusnya melihat bahwa Kristian Barat adalah mangsa kepada Aristotelianism, dan pada gilirannya agama Kristian itu sendiri bertanggung jawab terhadap orang-orang Barat yang kelak meragui agama wahyu. "Christianity was ultimately blamed as having forfeited the confidence of Western man in 'revealed' religion."

Berbeda dengan al-Attas yang melihat Kristen sebagai mangsa, al-Qaradawi berpendapat bahwa agama Kristen memang semenjak asalnya, yaitu berdasarkan kitab sucinya, telahpun sejalan dengan filsafat Aristotle. Al-Qaradawi berkata:

Ini jelas berdasarkan perkataan al-Masih, 'alayhi al-salam, sepertimana diriwayatkan dalan Injil 'Berikanlah apa yang milik Kaisar untuk Kaisar, dan apa yang milik Tuhan untuk Tuhan'! Ini disandarkan juga kepada sejarah pemikiran Barat yang tidak mengenal Tuhan dengan Tuhan yang dikenal oleh kita kaum Muslimin; iaitu Tuhan yang meliputi segala sesuatu, yang mengatur setiap urusan, yang tampak baginya sesuatu yang tersembunyi, yang tidak terhindar dari ilmu-Nya walaupun sebutir atom, baik di langit atau di bumi, yang Rahmat dan Ilmu-Nya merangkumi setiap sesuatu, yang menghitung setiap sesuatu akan bilangannya, yang menjadikan setiap sesuatu berdasarkan ukurannya, yang mengutuskan Rasul sebagai pembawa berita gembira dan peringatan, yang ada bersamanya Kitab dan kebenaran, untuk memberikan penghukuman diantara manusia terhadap apa-apa yang mereka perselisihkan. Adapun Tuhan dalam dalam pemikiran Barat adalah tuhan yang lain, seperti tuhan Aristotle yang tidak mengetahui sesuatu selain dirinya sendiri, dan tidak mengetahui apa-apa yang terjadi di alam, yang tidak menngatur, dan tidak menggerakkan yang diam. Dan tuhan ini, seperti kata ahli sejarah tamaddun dan falsafah, Will Durant, adalah tuhan yang miskin, persis seperti raja Inggeris yang punya kuasa milik, tetapi tidak mempunyai kuasa hukum!

Perbedaan al-Attas dan al-Qaradawi dalam memberikan penekanan kepada kesan sekularisme terhadap kaum Muslimin, yaitu kesan terhadap pemikiran dan kesan terhadap amalan, pada gilirannya membawa al-Attas kepada bahaya sekularisme sebagai philosophical program, dan membawa al-Qaradawi kepada bahaya sekularisme sebagai penghalang pelaksanaan Syariat Islam dalam kehidupan bernegara umat Islam. Al-Attas melihat pengaruh buruk sekularisme pada jiwa individu Muslim, sedang al-Qaradawi melihat kesan buruk itu pada perilaku masyarakat Islam. Walaupun begitu hal ini tidak bermakna bahwa al-Attas atau al-Qaradawi itu mengambil sikap "individualist" atau "populist". Kedua-dua mereka tetap mengakui keterkaitan antara individu dan masyarakat, dan sama sekali tidak terperangkap dengan ide "either-or." Oleh kerana masyarakat terdiri daripada individu-individu, marilah kita lihat terlebih dahulu analisis al-Attas berkenaan dengan proses sekularisasi itu sendiri pada individu dan kesannya pada masyarakat juga.

Seperti yang telah dipetik di atas, proses sekularisasi yang berlaku dalam alam fikiran seseorang, dan kesannya terhadap masyarakat, berjalan menerusi tiga komponen terpadu, iaitu:
(1)disenchantment of nature (alam dikosongkan dari semua makna spiritual);
(2)desacralization of politics (politik tidaklah sakral);
(3)deconsecration of values (penyingkiran nilai-nilai agama dari kehidupan).

Pemaparan ketiga-tiga proses itu adalah sebagai berikut:
Pertama, pada pengosongan alam dari makna ruhani, sehingga memisahkan alam dari Tuhan, dan membedakannya dari insan, agar dapat kononnya insan melihatnya bukan lagi sebagai alam yang mempunyai hubungan maknawi dengan Tuhan, niscaya dapat dia seterusnya bebas berleluasa mempergunakan alam itu menurut kehendak rencana serta keperluannya. Dengan demikian pula dapat dia mewujudkan perubahan sejarah yang membawa 'perkembangan' dan 'pembangunan'.

Kedua, menyingkirkan segala pengesahan terhadap kekuasaan dan kewibawaan politik yang berdasarkan sumber-sumber ruhani dan agama, sehingga penyingkiran itu merupakan suatu prasyarat bagi menimbulkan perubahan politik, dan seterusnya perubahan masyarakat, yang membolehkan timbulnya gerakan perubahan sejarah.

Ketiga, nilai relatifitas, yang senantiasa akan berubah, terhadap segala ciptaan kebudayaan dan tiap rencana-bentuk penilaian, termasuk rencana-bentuk penilaian agama dan pandangan alam yang mempunyai tujuan akhir yang tetap dan makna hidup yang dituju, sehingga dengan demikian kononnya dapat sejarah dan masa hadapan itu 'terbuka' bagi perubahan, dan dapat insan itu 'bebas' untuk membuat perubahan sekehendak hasratnya, serta dapat dia memesrakan dirinya dengan perubahan itu sebagai menunaikan gerakan 'evolusi'.

Walaupun ada teologis Barat yang membedakan antara sekularisasi (secularization) dan sekularisme (secularism), yang mana bagi mereka yang pertama, iaitu secularization, merujuk kepada ketiga-tiga proses di atas secara umum dan karenan boleh disifati sebagai 'pandangan alam yang sentiasa terbuka', dan yang kedua pula, yaitu secularism, merujuk kepada ideologi yang terhasil dari proses-proses di atas, tanpa menafikan kesemua nilai-nilai yang dipegangnya (it never quite deconsecrates values) dan karenanya disifati sebagai 'pandangan alam yang sudah tertutup', al-Attas walaubagaimanapun menegaskan bahwa perbedaan itu hanyalah bersifat academic semata-mata yang tidak berbeda diperingkat practical, terutama dari sudut pertentangannya dengan pandangan hidup Islam. Bahkan menurut beliau, secularization itupun sebenarnya adalah satu ideologi yang boleh dipanggil secularizationism.

Irrespective of the academic distinction made between the 'open' worldview projected by secularizationism on the one hand, and the 'closed' worldview projected by secularism on the other, both are equally opposed to the worldview projected by Islam. As far as their opposition to Islam is concerned we do not find the distinction between them significant enough for us to justify our making special distinction between them from the point of view of practical judgment....So in this book, therefore, and particularly with reference to its title: Islam and Secularism, the term secularism is meant to denote not merely secular ideologies such as, for example, Communism or Socialism in its various forms, but encompasses also all expressions of secular worldview including that projected by secularization, which is none other than a secular historical relativism which I have called secularizationism.

Menurut al-Attas, sekularisme sebagai satu philosophical program, dengan pandangan hidup Islam. Walaupun mengakui adanya kedua-dua jenis sekularisme di atas, al-Attas dalam karyanya Islam and Secularism lebih menekankan sekularisme yang bukan merupakan pandangan rasmi sesebuah negara. Al-Qaradawi pula, dengan karyanya al-Islam wa al-'Ilmaniyyah Wajhan li Wajhin, di sisi lain, lebih menekankan sekularisme dalam bentuknya sebagai pandangan resmi sesebuah negara, tanpa menghuraikan perbedaan-perbedaan 'academic' yang diutarakan al-Attas. Al-Qaradawi lebih menumpukan kepada 'practical judgment' yang berkesimpulan bahwa sekularisme dalam bentuk apapun bertentangan dengan Islam, baik dari segi akidah dan juga syariah; dan beliau seterusnya banyak menguraikan isu-isu syariah, terutamanya mengenai pelaksanaan syariah di negeri-negeri Muslim yang ditentang oleh sekularisme sebagai sebuah ideologi. "Sesungguhnya sekularisme adalah 'komoditi Barat' yang tidak akan tumbuh di bumi kita," kata al-Qaradawi, yang selanjutnya memberi contoh pelaksanaannya di negara Turki. Beliau menerangkan:

Negeri Islam yang muncul yang diperintah oleh sekularisme, yang melaksanakan rancangan-rancangannya, yang memukul dengan tangan besi siapa saja yang menentangnya, yang dengan semua itu telah melibatkan lautan darah, adalah Turki, yang merupakan negeri khilafah Islamiah yang terakhir. Ia telah ditakluk oleh Ataturk untuk merealisasikan model Barat dalam semua aspek kehidupan, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, pengajaran, dan kebudayaan. Negeri ini telah dicabut dari warisannya, nilainya, dan tradisinya sebagaimana dicabutnya kambing sembelihan dari kulitnya. Negeri ini juga telah menegakkan perlembagaan sekular (la diniyyan) yang memisahkan agama dengan kehidupan secara total, yang berdiri di atas asasnya undang-undang yang sangat ganas terhadap Islam, termasuklah dalam urusan kekeluargaan dan pribadi.

Adakah mampu Ataturk dan para pemimpin selepasnya, yang memiliki perlembagaan dan undang-undang, sistem pendidikan dan media massa, tentara dan polis, dan dibelakang mereka pula Barat dengan segala kekuasaan dan kekuatannya, untuk mencabut akar pemikiran Islam, emosi keislaman, aspirasi-aspirasi Islam, dan nilai-nilai Islam dari kehidupan bangsa Turki yang Muslim?

Tidak, seribu kali tidak. Fakta telah menunjukkan; siapa saja yang mengunjungi negeri Turki pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan masjid-masjid yang dipenuhi oleh orang-orang yang bersembahyang dari tiap-tiap generasi usia, sekolah-sekolah al-Qur'an yang berjumlah ribuan, lembaga-lembaga pendidikan para imam dan ahli-ahli pidato yang banyak, dan tersebarnya buku-buku Islam, serta keadaan orang-orang Turki sendiri, termasuk yang tinggal di Jerman dan negeri-negeri lain di Eropah, semuanya menjadi fakta (akan kegagalan sekularisme di negeri Islam).

Oleh karena itu, al-Attas dan al-Qaradawi sepakat bahawa sekularisasi dan sekularisme baik sebagai satu pemikiran, yang dalam istilah al-Attas sebagai philosophical program, atau sebagai satu ideologi negara, kedua-duanya sama-sama bertentangan dengan Islam. Al-Attas sekali lagi menegaskan:Not only is secularization as a whole the expression of an utterly unislamic worldview, it is also set against Islam, and Islam totally rejects the explicit as well as implicit manifestation and ultimate significance of secularization; and Muslims must therefore vigorously repulse it wherever it is found among them and in their minds, for it is as deadly poison to true faith (iman).

Al-Qaradawi dengan semangat yang sama telah menolak sesetengah pemikir yang membagi sekularisme kepada kepada sekularisme yang neutral/moderat dan sekularisme yang agresif memusuhi Agama. Beliau mengatakan:Menurut hemat penulis, yang namanya sekularisme itu tidak ada yang bersikap netral terhadap agama karena memisahkan agama dari arena kehidupan manusia bukanlah suatu kenetralan justru [malah] suatu sikap memusuhi agama. Sikap ini justru [malahan] berpijak kepada tuduhan bahawa agama itu berbahaya, oleh karena itu harus disingkirkan. Pendidikan, pengajaran, kebudayaan, ilmu, undang-undang dan tradisi harus terpisah dari agama. Ini berarti tidak netral dan tidak disebut pasif.

Pernyataan al-Qaradawi di atas sejajar dengan pandangan al-Attas yang menyatakan bahawa sekularisasi itu bersifat "as a whole". Disenchantment of nature, desacralization of politics, dan deconsecration of values yang dilakukan oleh secularization secara total memang merupakan suatu program yang extreme dan melampau. Dengan perkataan lain, sekularisme itu memang tidak bersifat neutral ataupun tawar kepada Islam. Walaupun begitu perlu disebutkan di sini bahwa analisis yang dibuat oleh al-Qaradawi terhadap hubungan Islam dan sekularisme adalah analisis yang bersifat hitam dan putih. Maksudnya, bagi al-Qaradawi Islam dan sekularisme itu tidak ada hubungan sama sekali, dan kalaupun ada maka hubungan itu adalah hubungan pertentangan. Berbeda dengan al-Attas, beliau melihat adanya kaitan antara Islam dengan sekularisme terutamanya pada peringkat 'style of action,' dalam proses Islamisasi dan sekularisasi. Bagi al-Attas, sekularisme dengan program sekularisasinya adalah merupakan tindak balas terhadap Islam yang melakukan program "proper disanchantment of nature," "proper desecralization of politics," dan "proper deconsecration of values" yang merupakan bagian dari unsur-unsur padu Islamization. Dari sudut inilah al-Attas melihat bahawa sekularisme itu adalah musuh dan penentang Islam, kerana sekularisme ingin menyapu habis semua nilai secara total, termasuk nilai Islam. Disinilah letak extreme-nya sekularisme dan sekularisasi. Beliau mengatakan:

We have said that secularization as a whole is not only the expression an utterly unislamic world view, but that is also set against Islam; and yet we have also pointed out that the integral components in the dimensions of secularization - that is, the disenchantment of nature, the desacralization of politics, and the deconsecration of values - when seen in their proper perpectives, indeed become part of the integral components in the dimensions of Islam,......simply be interpreted in their proper Islamic perspective as the integral components in the dimensions of islamization.

Jadi al-Attas tidak hanya membahas Islam dan sekularisme saja, seperti yang dilakukan al-Qaradawi, tetapi juga turut membicarakan islamisasi dan sekularisasi yang mengunakan 'style of action' yang sama. Jadi, dari pemaparan di atas, maka jelaslah bahwa walaupun ada beberapa kesamaan cara kerja islamisasi dan sekularisasi, Islam tetap berbeda dan bertentangan dengan sekularisme.

But it must be emphasized that the integral components which to the western world and Western man and Christianity represent the dimension of secularization, do not in the same sense represent themselves to Islam in spite of the fact that they exhibit great similarities in their 'style of action' upon man and history.

Kesimpulan al-Attas adalah:"...there can never really be an 'Islamic secularism'; and secularization can never really be a part of Islam."

Sama seperti kesimpulan yang dibuat oleh al-Attas, al-Qaradawi juga menegaskan bahawa Islam yang tertegak di atas akidah, ibadah, akhlak, dan undang-undang, akan sentiasa bertarung melawan sekularisme: Sekularisme menginginkan Islam menjadi pengikutnya [dan] bukan yang diikuti.

Oleh karena itu, Islam dan sekularisme selalu bertarung lebih dari satu aspek, Islam mesti bertarung dalam setiap sisi dari empat sisi ajarannya yang pokok, yakni akidah, ibadah, akhlak dan undang-undang.

Sebagai kesimpulan, al-Attas dan al-Qaradawi, banyak mempunyai sisi pandangan yang sama mengenai hubungan antara Islam dan sekularisme. Al-Attas sebagai pemikir Islam yang sejati, dan al-Qaradawi sebagai ahli hukum Islam yang berwibawa, sama-sama sepakat bahawa sekularisme itu bukan saja bertentangan dengan Islam, bahkan menentang Islam. Kepekaan kedua-dua ilmuwan Islam itu terhadap permasalahan umat yang mendasar, sekaligus menunjukkan bahwa isu sekularisme tidak boleh dianggap ringan oleh orang-orang Islam sendiri. Bahaya faham sekularisme dan faham sekularisasi, serta proses-prosesnya, sama ada diperingkat individu ataupun masyarakat, pribadi ataupun negara, sepatutnya menjadikan kita perlu berwaspada lagi terhadap faham-faham yang mengiringinya, walaupun dengan nama dan 'baju' yang baru, seperti ide perubahan (change), globalisasi (globalization), pembangunan (development), dan lain-lain.

8:32:00 PG

Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu,Hapuskan PPSMI

Tarikh
: 30 November, 2008 (Ahad)
Masa
: 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat
: Bilik Serbaguna, Kompleks Anjung Rahmat,

Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kual Lumpur.
Panelis
: Sdr. Kamal Shukri
(Timbalan Presiden Persatuan Lingustik Malaysia)
Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
(Koordinator Kampus, Teras Pengupayaan Melayu)
Anjuran

Semua dijemput hadir untuk memberikan sokongan dan pengisian yang berguna di dalam usaha Gerakan Anti-PPSMI untuk menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menamatkan program PPSMI demi kebajikan dan masa depan para pelajar Malaysia secara keseluruhannya.

dari meja Sekretariat PKPIM Pusat

8:28:00 PG

Kerajaan mesti berani melaksanakan Dasar Bahasa Melayu

Friday, 14 November 2008 15:20

Hari ini keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Seramai 46,641 atau 9.2% daripada 518,616 calon (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Hanya 9.2%. "Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya. Beliau berkata, Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas." (Utusan 13 November 2008) Keputusan UPSR 2008 menjadi petanda aras untuk menentukan hala tuju pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun statistik yang dikeluarkan oleh kementerian menunjukkan ada peningkatan A dalam UPSR, tetapi tidak pula ada yang menyebut Sains dan Matematik telah meningkat kefahamannya.

"Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini, membuktikannya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein."(Berita Harian 13 November 2008).

Dilaporkan, seramai 995 pelajar mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR di Sabah pada tahun ini. Jumlah ini adalah 1.91% daripada 50,00 pelajar UPSR di Sabah! Kita boleh bayangkan betapa ada sesuatu yang disembunyikan daripada fakta yang sebenar.

Kementerian juga dilihatkan menjustifikasikan 9.2% daripada 518, 616 calon UPSR seluruh Malaysia dan 1.91% daripada 50,000 calon UPSR di Sabah adalah peningkatan yang memberangsangkan.

Agak janggal bagi seorang Menteri dan sebuah kementerian penting dalam negara apabila masih ingin mempertahankan dasar yang mengelirukan pelajar. Apakah peratusan kecil mendapat A satu justifikasi yang betul Pengajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?

Tidak dinafikan, komposisi pelajar akan terbahagi kepada tiga kelompok, yang fast- track (cepat belajar), sederhana dan lambat belajar. Antara kelompok ini, sudah pasti kelompok pertama, fast- track yang boleh menangkap pengajaran dengan baik dan cepat.

Makanya mereka boleh dapat keputusan A dalam peperiksaan. Antara faktor menyumbang, ialah latar belakang keluarga yang berpelajaran, akses ilmu seperti internet yang senang, kemudahan kelas tambahan yang berbayar, selain faktor indivividu yang rajin belajar.

Malah tidak dinafikan, kelompok sederhana dan lambat belajar ada yang boleh berjaya. Tetapi mereka harus bekerja keras secara luar biasa untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam isu PPSMI, kerajaan seolah tidak nampak isu sebenar. Apatah lagi pemimpin Melayu yang diamanahkan untuk menjaga urusan ummat Melayu. Isu bahasa Melayu bukan setakat urusan ummat Melayu, tetapi isu nasional juga. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaaan dan dimartabatkan dalam Akta 152.

Sudah banyak memorandum, forum, surat dan pertemuan menyatakan supaya Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu. Pihak pejuang bahasa, ahli akademik, NGO dan individu yang cintakan bahasa Melayu telah memainkan peranan kritikal mereka. Namun, nampaknya kerajaan dan pemimpin Melayu tidak berminat dengan urusan memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam situasi hari ini, kita boleh melihat, pemimpin Melayu sedang sibuk bertelagah merebut jawatan parti. Ada yang bertumbuk, merasuah demi mendapat kedudukan, melobi antara satu sama lain. Sikap mereka ini ketara apabila akhbar perdana bahasa Melayu sendiri membuat pendedahan meluas pemilihan jawatan dalam parti. Maka tidak mustahil isu bahasa Melayu tidak menyentuh hati nurani mereka.

Harta, kedudukan dan pangkat nampaknya menjadi agenda perjuangan mereka. Kasihan melihat mereka, kerana akibat mengejar harta, kedudukan dan pangkat, mereka di'buta'kan mata dan hati mereka mengenai isu penting ummat dan negara. Nampaknya mereka masih tidak belajar dari kekalahan 8 Mac yang lalu, apabila tidak mendengar suara hati nurani ummat.

Walhal, sebagai pemimpin Melayu, yang diamanahkan menjadi pemimpin, urusan utama ummat Melayu mesti diperjuangkan. Tidak timbul bahasa Melayu sebagai bahasa ummat Melayu sahaja, tetapi bahasa kebangsaan milik semua rakyat Malaysia. Tidak ada ikatan paling rapuh yang boleh mengikat kebersamaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selain bahasa Melayu.

Kerana itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 mengiktiraf budaya rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai teras utama perpaduan negara. Melihatkan faktor sejarah, budaya, nilai dan agama berbeza orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya, maka bahasa kebangsaan adalah faktor pemersatu.

"Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia telah diiktiraf sebagai arkitek perpaduan Malaysia dengan merentas etnik. Laporan Razak telah berjaya menyatupadukan semua kaum dengan penggunaan BM. Sejak dari itu tidak ada lagi masalah 13 Mei di Malaysia.

Ini adalah kerana semua kaum mendapat peluang pendidikan yang saksama dengan bahasa pengantar yang sama. Dengan PPSMI dalam BI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar.

Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu. Mengapa Melayu? Mereka adalah 70% penduduk luar bandar. Ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti." (Prof Nor Hashimah, Persatuan Linguistik Malaysia 2008).

Malah kedudukan bahasa Melayu bukan ekadar alat komunikasi sahaja, tetapi melampau sebagai bahasa ilmiah. Tun Dr Mahathir telah menggunakan premis yang salah apabila melaksanakan dasar yang hakikatnya bukan dasar.

Kerana, dasar kerajaan biasanya akan melalui proses perbincangan dalam kabinet, perbincangan dengan pakar, dibentangkan dalam parlimen dan pelbagai proses menentukan dasar kerajaan. Akan tetapi hanya komentar dalam sidang akhbar, lalu menjadi 'dasar' kerajaan.

Tun Mahathir mengatakan, "Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita.

Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju." (www.chedet.com 2008)

Bahasa sebagai alat dan wahana ilmiah adalah dua perkara yang berbeza. Memang bahasa Inggeris boleh menjadi alat untuk memahami ilmu, tetapi bahasa Melayu sebenarnya pergi jauh sebagai alat.

Kedudukan bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai lingua franca alam nusantara. Bahasa Melayu telah berakar umbi dalam masyakarakat kita, dengan melahirkan ramai cendekiawan kelulusan perubatan dan teknologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ada faktor penting mencirikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang tinggi. Prof Naquib Al Attas mengiktiraf karya Hamzah Fansuri apabila mengatakan karya Hamzah Fansuri menggunakan bahasa Melayu yang tinggi dan mendalam. Karya beliau mampu mengungkapkan makna ketuhanan, kenabian dan alam kerohanian menggunakan bahasa Melayu.

Terbukti, bahasa Melayu boleh mencerna akal pemikiran dan melahirkan bahasa mendalam yang menggambarkan sudut pemikiran kita. Ini yang dikhabarkan oleh Noam Chomsky, tokoh lingusitik, "One of the fundamental aspects of human language is its creative nature". Nilai kreatif dan daya pemikiran bergantung kepada penguasaan bahasa yang terletak dalam pemikiran kita.

Apabila bahasa Inggeris dimasukkan dalam perbendaharaan ilmiah ummat Melayu, sebenarnya telah melakukan proses sekularisme secara tidak langsung. Ini bukan hujah remeh yang tidak ada asasnya.

Memandangkan setiap bahasa ada nilai worldview (pandangan sarwa), begitu juga bahasa Inggeris dan Melayu. Perkembangan bahasa Melayu telah membawa nilai Islam yang terbukti membentuk keperibadian masyarakat Melayu di Malaysia.

Prof Naquib Al Attas dalam 'Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu' mengungkapkan dengan tegas bahawa peranan Islam dahulu telah membawa masyarakat Melayu keluar dari kepompong animisme dan tahyul.

Faktor bahasa Melayu memainkan peranan penting mencirikan pemikiran yang bertamadun. Banyak kosa kata dan makna bahasa Melayu membawa makna Islami.

Istilah seperti syurga, rasul, kitab, hadith, pahala, berkat, rahmat, dan sebagainya membantu ummat Melayu memahami hakikat kehidupan yang sebenar. Proses pengislaman melalui bahasa membuktikan alam pemikiran memerlukan bahasa untuk memahami suatu hakikat kebenaran.

Bahasa Melayu telah membawa ummat Melayu dekat dengan kehidupan seorang Muslim yang sebenar. Hujah ini tidak popular di kalangan bukan Melayu, tetapi sekurangnya bahasa Melayu dikitiraf bahasa kebangsaan merentas etnik, kaum dan agama di Malaysia.

Maka PPSMI mesti dikembalikan ke bahasa Melayu. Sudah tiba masanya kerajaan tidak berdolak dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munsabah untuk menjustifikasikan PPSMI. Jangan sehingga saat akhir kerajaan yang disangka membawa syiar Islam, tetapi hakikatnya membawa dasar sekularisme dalam negara.

MOHD. HILMI RAMLI

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

2:11:00 PG

beruntunglah hamba yg sentiasa berzikir...


Sabda Rasulullah saw :” Mahukah ku ceritakan kepadamu tentang amalan yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Serta orang yang tertinggi darjatnya diantara kamu…., yang lebih baik dari sedekah emas dan perak serta lebih baik daripada memerangi musuh-musuh…..dan memotong leher mereka juga memotong lehermu?. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah :” Apakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab ; “Zikrullah”

-Hadis riwayat Al-Baihaqi-

Syeikh Abu Ali Ad-Daqaq berkata: “Zikir adalah tiang penyangga yang sangat kuat atas jalan menuju Allah . Sungguh ia adalah landasan bagi jalan itu sendiri…,tidak seorang pun mencapai Allah….kecuali dengan berterusan berzikir kepada Allah”

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“…….ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan ingat kepadamu….

(al-Baqarah:152)

1:54:00 PG

Jangan terpedaya..............:)

Sesiapa yang memenuhi ajakan IBLIS….,maka hilanglah agama darinya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan NAFSU…,maka hilang darinya nilai nyawanya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan DUNIA…,maka hilanglah akhirat darinya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota TUBUHNYA…,maka hilang syurga darinya.

Maka sesiapa yang memenuhi ajakan ALLAH SWT..,maka akan hilang darinya segala kejahatan dan ia akan memperolehi semua kebaikan.

1:52:00 PG

DOSA SEMALAM

Seorang hamba Allah yang baik hati dan taat pada perintah-Nya…., disebabkan dengan ketaatan-Nya kepada Allah…., syaitan mula untuk menyesatkannya dan ingin meragu-ragukan hamba Allah ini.

Hamba Allah ini mula berfikir yang bukan-bukan dan merasakan dirinya terlalu banyak dosa……dan dia takut akan seksaan Allah.

Disebabkan hamba Allah itu banyak berfikir…., kesihatannya mula terjejas.

Satu hari…,Allah membantunya dengan menemukannya dengan seorang alim lagi arif…., hamba Allah ini menceritakan kepada orang yang alim tersebut tentang masalahnya…, kemudian

Orang alim itu menasihatkan supaya bersyukurlah kamu kepada Allah dengan dosa-dosa yang telah kamu lakukan dulu kerana ia akan mendekatkan kamu kepada Allah….., iaitu dengan penyucian jiwa dan beribadah.

Kamu memang digalakkan untuk berfikir tentang apa sahaja

akan tetapi janganlah sampai kamu masuk ke dalam lembah kekufuran.

Berfikirlah dengan ilmu dan amalan……bukan berfikir dengan

Rintihan yang sia-sia.

Akhirnya….

Hamba Allah itu sedar dan terus beribadah kepada Allah

Sampai akhir hayatnya dan

Syaitan berputus asa untuk menyesatkannya….

Dosa yang pernah kita lakukan dahulu….boleh mendekatkan

Kita kepada Allah dengan melakukan taubat nasuha dan penyucian jiwa.

Kita hanya manusia biasa yang tidak boleh terlepas daripada dosa.

Fikirkanlah dengan ilmu dan iman

Serta yakinlah bahawa

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

1:43:00 PG

BERSANGKA-SANGKA

MANUSIA pada hari ini suka bersangka-sangka……

Ada sangkaan BAIK…….dan ada sangkaan BURUK….

Orang yang beribadah disangka riak……

Orang yang rileks disangka malas….

Orang yang memakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka hina..

Orang makan banyak disangka pelahap…

Orang yang makan sikit disangka diet….

Orang yang baik disangka buruk..

Orang yang buruk disangka baik…

Orang yang senyum disangka mengejek…

Orang yang masam disangka merajuk…

Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat..

Orang yang diam disangka menyendiri….

Orang yang menawan disangka pakai susuk…

Orang yang ceria disangka membela…

Mana tahu yang diam itu berzikir pada Allah…

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..

Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya…

Jauhilah sikap yang suka bersangka-sangka kerana….

Ia bakal memusnahkan hati…

1:41:00 PG

TARBIYYAH ALLAH BERHIKMAH

Bila kau memandang segalanya dari Tuhan…..yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian……, yang menjadikan hatimu sakit…, yang membuatkan keinginanmu terhalang…..serta menyusahkan hidupmu. Pasti damailah hatimu kerana mana mungkin ALLAH sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia untukmu……., bukannya ALLAH tidak mengerti betapa deritanya hidupmu…..tetapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hal sebeginilah yang selalu lebih lunak dan mudah untuk dekat dan tunduk

kepada-Nya..

8:10:00 PG

syair Rabiatul 'Adawiyah........

Ya Allah,

Alangkah bahagianya jika ENGKAU itu terasa indah walaupun kehidupan seluruhnya terasa pahit,
Alangkah bahagianya jika ENGKAU redha walaupun makhluk lain membenci,
Alangkah bahagianya jika antara daku denganMU itu suatu hubungan yang makmur,
walaupun antaraku dengan seluruh alam ini terasa sulit untuk berhubungan.
Jika telah benar daripada ENGKAU itu adalah kecintaan,
maka selain daripada itu terasa mudah di sisiku.
Ini kerana, setiap yang di atas tanah itu adalah tanah jua."

10:05:00 PG

yakinlah pada janji Allah....

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..



“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..



“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

9:55:00 PG

disebalik kata-kata.....

Mari kita perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap...
Nak tahu apa rahsianya...?

"Saya Memang.."
Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamatpada diri mereka. Selain itu, mereka juda sangat mengambil berat tentang diri org2 yang disayangi

"Saya Rasa.."
Mereka merupakan seorang yangs ensitif dan agak emosi.Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya.Sebab itu kena banyak gunakkan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. DAlam erti kata lain mereka ini agak pendendam orgnya.

"Saya Fikir.."
Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.

"Saya Percaya.."
kamu merupakn seorang bersemagat dalamhiduo dan ia juga melambangkan keyakinan diri.Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu.Sebabnya, nanti mudah tertipu.Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yan dimiliki.

"Pada Pendapat Saya.."
Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan.Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul.Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.

"Saya Tahu.."
kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan.Kadangkala itu. kamu seorg ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya.Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berladak, macam Profesor serba tahu pula.

"Saya Akan.."
Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini.Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai

9:38:00 PG

ketahuilah..

4:28:00 PG

INDUKSI PKPIM 08/09 DI JANDA BAIK



2:43:00 PG

Ringankanlah dirimu untuk Solat Dhuha

 Daripada hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang
temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah,
tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah
dan tiap-tiap takbir adalah sedekah.Menyeru makruf adalah sedekah,
mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan
dua rakaat solat Dhuha.
  Solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang 
dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada
setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh
nikmat Illahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik
kepada terima kasih seorang hamba kepada Mah
Penciptanya.

2:00:00 PG

bahagianya menjadi seorang wanita


  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

  • Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

  • 7:25:00 PG

    hanya ingin mengingatkan.....

    kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali...:

    1) Aku rumah yang terpencil...,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran..
    2) Aku rumah yang gelap....,maka terangilah aku dengan selalu solat malam
    3) Aku rumah penuh tanah dan debu....,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
    4)Aku rumah yang mempunyai ular yang berbisa...,maka bawalah amalan Bismillah sebagai
    penawar
    5)Aku rumah pertanyaan mungkar dan nakir...,maka perbanyakkanlah membaca "Laila ha
    illallah'" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

    7:16:00 PG

    SEBIJI EPAL

    WANITA ibarat sebiji epal....., epal yang tidak berkualiti amat senang untuk diperolehi kerana ia telah berguguran di atas tanah......,akan tetapi bagi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak yang tinggi......,susah untuk dipetik dan susah juga untuk digapai....,terkadang epal itu khuatir kenapa dirinya belum dipetik......? lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah.sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.....sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang hebat sahaja yang mampu memetiknya....,tetapi mungkin bukan di dunia, bahkan di akhirat sana....! jodoh itu ditangan Allah......asalkan cinta Illahi mengiringinya...

    6:52:00 PG

    puteri mukminin

    seorang wanita yang beriman yang hatinya disaluti taqwa kepada Allah...,Jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap ISLAM.....,dirinya sentiasa dahagakan keredhaan ALLah....,solehah terletak pada dirinya kerana ia tidak pernah gentar melawan hawa nafsu....,sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya....,sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga....,mendidik anak-anaknya dengan ilmu duniawi dan ukhrawi....,mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan kerana baginya hidup adalah mahligai sementara menuju AKHIrat.........

    6:39:00 PG

    ketahuilah tentang cinta manusia

    cinta itu iradat Tuhan, dikirim-Nya ke alam dunia supaya ia tumbuh.....,jikalau cinta itu terletak di atas tanah yang lekang dan tandus......,tumbunhya pasti akan menyeksa manusia........tetapi jikalau cinta itu datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah......,pasti cinta itu akan membawa kerosakkan.tetapi seandainya cinta itu hinggap kepada hati yang suci.....,ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan akan sentiasa taat pada Illahi.......

    Jikalau ada sesiapa yang meminta cinta darimu....,katakanlah ia untuk Allah....,rindumu untuk ya Rasulullah s.a.w dan kasihmu untuk ibu bapamu tetapi jikalau dia meminta keikhlasan daripadamu.....,berilah pada yang benar-benar menghargai dirimu......

    ketahuilah bahawa.."anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membina cinta kerana tiba masanya ia akan muncul dengan sendiri......,sesuatu yang tidak perlu anda tagih. sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama.....,ikhlas lagi jujur........"