6:24:00 PTG


4:50:00 PTG

tanda-tanda kematian hati

Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan:
“Sebahagian tanda-tanda kematian hati ialah tidak gundah dan susah atas sesuatu yang telah luput ia pada anda(manusia), berupa segala sesuatu yang bersesuaian (dengan perintah atau anjuran agama Allah s.w.t). Dan meninggalkan penyesalan atas sesuatu yang telah anda kerjakan dari segala hal yang tidak baik.”

Bagi orang-orang yang sedang berjalan dengan amal ibadahnya menuju keredhaan Allah, mendekatkan dirinya kepada Allah dan menambah makrifahnya tentang ketuhanan Allah yang Maha Esa, adalah syarat yang terpenting bagi orang itu supaya hatinya selalu hidup.Hidup yang dimaksudkan disini bukan hidup jasmani tetapi hidup hati dalam sifat maknawiyah atau rohaniah. Atau dengan pengertian lain bahawa hati itu hidup dengan keimanan yang mantap kepada segala sesuatu yang wajib diimani. Kerana itulah maka Al-Imam Ibnu Athaillah menerangkan kepada kita, bahawa hati yang hidup dengan keimanan itu ialah hati yang sudah gundah-gundah, apabila yang punya hati sendiri meninggalkan perintah-perintah Allah s.w.t, apalagi menentang dan berlawanan denganNya.

Hati yang hidup adalah hati yang merasa pedih dan pilu apabila yang punya diri mengerjakan maksiat-maksiat tetapi hati yang hidup akan senang sekali apabila dirinya mengerjakan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan atau yang dianjurkan Allah. Bahkan hati itu sendiri itu sendiri mencari-cari segala sesuatu yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Kerana itulah apabila hati sudah tidak merasakan pedih dan pahit maka hati itu akan lari daripadaNya. Inilah yang menyebabkan bahawa yang punya diri telah mengerjakan larangan-larangan agama, maka hatinya yang hidup dalam erti tersebut diatas akan menyesali perbuatan-perbuatan yang tidak baik itu.

Nabi s.a.w telah bersabda tentang bayangan hati yang hidup dan hati yang mati, beliau bersabda: “Barangsiapa yang menggembirakan akannya oleh kebaikkanya dan menyusahkan akannya oleh kejahatannya, maka orang itu ialah orang yang beriman.

Maksudnya, apabila kita mengerjakan amaliah yang baik menurut agama kita, maka senang hati kita, lega perasaan kita dan gembira kita kerananya. Maka kita adalah orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Dan juga apabila kita mengerjakan sesuatu yang baik seperti mengerjakan larangan Allah, maka hati kita sempit, kita susah kerananya dan selalu dalam resah gelisah, maka kita adalah orang yang beriman.

Apabila Allah telah memberikan taufiq kepada kita untuk amal soleh, maka Allah menggembirakan hati kita pada menghadapinya dan pada mengerjakannya. Sebab Allah telah redha atas kita dan kerana itu hati kita pun selalu berhadap kepadaNya di samping perbuatan kita mengikuti tujuan kehendak hati kita.


2:26:00 PG

MUHASABAH

MUHASABAH adalah perilaku menghitung dan memperelokkan diri yang terbentuk dalam jiwa manusia menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri sentiasa mencela segala kejahatan pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).” (Hadis riwayat al-Tarmizi)

Sesiapa yang bermuhasabah diri tidak meninggalkan ruang dan masa melakukan perkara batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia mencela jiwanya atas setiap kesalahan dan kekurangan dilakukannya terhadap Allah kerana takut kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya, mungkin tiada jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan. Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie: “Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah.” (Kitab al-Burhan al-Muayyad).


Muhasabah menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul-Nya serta makhluk. Melalui muhasabah juga manusia berasa diri tidak diciptakan dengan sia-sia kerana kita pasti kembali kepada Allah apabila sampai waktu. Firman Allah bermaksud: “Setiap yang berjiwa (bernyawa) akan berasa mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia sudah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanya kesenangan yang memperdayakan.” (Surah ali-Imran, ayat 185)


Dalam kesibukan kita mengejar kekayaan dunia, jangan lupa untuk menyibukkan diri dengan mengingati Allah supaya kehidupan baik di dunia dapat dinikmati dan kesejahteraan akhirat tetap menanti.

Firman Allah bermaksud: “Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 50)

Golongan sufi sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Mereka beriman dalam perjalanan musafir ini menuju Allah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati mereka akan kembali kepada Allah pada setiap masa. Firman Allah bermaksud: “Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi Tuhan (Allah) Maha Kuasa. ” (Surah al-Qamar, ayat 55)

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq: “Lalai daripada bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat reda nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimkan diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramal dengan apa yang sahih tanpa bertolak ansur terhadap perkara yang salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas.” (Kitab Qawaid al-Tasawuf)

Demikianlah pentingnya muhasabah dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas seseorang sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabah dengan hati terbuka supaya kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelemahan diri sebelum menemui ajal.

12:15:00 PTG

Jangan Lupa ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda:"Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada didalamnya sentiasa ingat kepada Allah"
Hadis ini menerangkan kepada kita apa saja yang ada di dunia ini, apabila mereka sentiasa mengingati Allah, mereka akan sentiasa dalam ibadah, mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Namun jika berlaku sebaliknya, mereka akan dilaknati oleh Allah. Ini juga sebagai petanda daripada Allah bahawa dunia ini sebenarnya tidak begitu bernilai di sisi Allah. Yang lebih berharga adalah hamba-hamba-Nya yang patuh dan taat kepada-Nya.

3:53:00 PG

bersyukur menjadikan kita lbh tawaduk

ALLAH menganugerahi banyak nikmat kepada manusia. Dengan sifat maha pengasih dan penyayang-Nya, manusia dapat merasai kelazatan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi).

Firman Allah bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 18)


Nikmat Islam dan iman adalah kurniaan Allah paling berharga dan tidak semua manusia dapat mengecapi kedua-duanya. Sesiapa yang memilikinya harus bersyukur dan menjaganya sebaik mungkin.

Seseorang yang bersyukur dengan nikmat Islam dan iman tidak berasa susah sekalipun miskin atau melarat kerana jiwa raganya cukup kaya serta rasa dekat dengan Allah. Nikmat Islam dan iman menjadi benteng teguh untuk mencegah seseorang mendekati kemungkaran. Nikmat Islam dan iman juga faktor penyelamat kehidupan di dunia dan akhirat. Namun, kita biasa mendengar 'nikmat hanya dirasai apabila kita kehilangannya'. Inilah keadaan biasa dalam kehidupan manusia yang mungkin terlupa atau tidak mahu bersyukur tatkala hidupnya bahagia dianugerahi pelbagai nikmat Allah.

Golongan itu juga dipanggil sesetengah orang sebagai lupa daratan atau kufur nikmat. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (pelbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Apabila nikmat ditarik balik oleh-Nya, barulah seseorang mahu menangisi dan menyesal kealpaan untuk bersyukur kepada Allah ketika dilimpahi nikmat tidak terhitung." (Surah al-A'raaf, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum hadir lima perkara; masa mudamu sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat al-Hakim)

Rasulullah SAW memberi isyarat kita perlu mensyukuri nikmat Allah. Kita juga diisyaratkan untuk terus tawaduk melaksanakan ibadah kepada-Nya walaupun dalam keadaan senang, bukan hanya ingatkan Allah apabila susah.

Kita wajib mensyukuri nikmat Allah tanpa mengira miskin atau kaya, tua atau muda dan lelaki atau perempuan. Syukur tanda tunduk kepada Allah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Ini selaras firman Allah bermaksud: "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah-Nya." (Surah an-Nahl, ayat 144)

Konsep bersyukur menurut Imam al-Junaid ialah menyalurkan segala nikmat Allah ke arah kebaikan dan kebajikan, bukan kemungkaran atau kemaksiatan. Untuk itu, KH M Syueb Ushul menyarankan kita menyerlahkan kesyukuran dengan hati, ucapan dan perbuatan. Bersyukur melalui hati ialah menanam azam menyalurkan nikmat itu untuk beramal kepada Allah, membuat kebajikan kepada manusia dan makhluk, selain tidak putus mengingati-Nya.

Mensyukuri nikmat secara lisan, ialah dengan lidah yang basah mengucapkan dan memperbanyak zikrullah. Akhirnya, mensyukuri nikmat melalui perbuatan mendorong tindak-tanduk melaksanakan ibadah kepada Allah sepenuh rela, tawaduk serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Diriwayatkan Saidatina Aisyah bahawa beliau memerhatikan Rasulullah SAW beribadah penuh khusyuk siang dan malam sehingga bengkak kaki Baginda, lalu beliau bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak henti-henti beribadat kepada Allah? Maka Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah aku sepatutnya menjadi hamba yang bersyukur?"

Bayangkan Rasulullah SAW, semulia-mulia manusia yang dijamin kedudukannya di syurga, tidak putus menzahirkan syukur terhadap nikmat Allah. Baginda terus beramal sepenuh hati, perkataan dan perbuatan. Apatah lagi kita manusia biasa yang masih perlu diperhitungkan timbangan dosa dan pahala di akhirat, apakah kita tidak mahu menyerlahkan kesyukuran sehebat kualiti manifestasi kesyukuran Rasulullah SAW terhadap nikmat pemberian Allah.

Andainya kita mampu menerbitkan rasa syukur terhadap nikmat Allah secara istiqamah, yakinilah dengan izin-Nya, segala amal diberi ganjaran pahala dan syurga. Bahkan Allah menjanjikan nikmat kurniaan-Nya kepada kita berlipat gandakan. Namun, lain pula halnya apabila seseorang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur seperti tidak berterima kasih apabila menerima pemberian orang lain.

Apakah perasaan pemberi hadiah jika orang yang menerimanya berat mengungkapkan perkataan 'terima kasih' bahkan perbuatannya juga jauh daripada menunjukkan rasa menghargai hadiah itu.

Begitu juga persoalannya, apakah layak seseorang terus menerima nikmat dan rahmat Allah jika dia tidak tahu berterima kasih atau bersyukur? Malang nasib seseorang apabila rasa syukur tidak diterbitkan dalam hati, lidah mahupun perbuatan kerana balasan azab Allah sangat menyeksakan.

Hal ini selaras firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Nikmat perlu disyukuri bukan disalahgunakan ke arah kemungkaran dengan menjadikan hawa nafsu dan tipu daya syaitan sebagai nakhoda dalam jiwa serta pemikiran. Nikmat dianugerahkan Allah perlu dianggap pendorong untuk lebih khusyuk dan tawaduk mengabdikan diri kepada-Nya dan memperteguhkan tahap keimanan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

3:04:00 PG

Contohilah Zainab Al-Ghazali

Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"




Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.


iluvislam.com

10:02:00 PG

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wahai saudaraku, semoga kita selalu dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Masihkah ada cita-cita tinggi saudaraku untuk melihat dan menjadikan syariat Islam tegak di muka bumi ini?
Apakah saudaraku merasa bahawa itu semua sudah tidak bisa di wujudkan lagi?
Apakah saudaraku tidak mahu semasa hidupnya menyaksikan dan menjalankan hukum Allah di bumi tempat saudaraku berpijak?
Apakah kita mahu menunggu seperti apa yang di alami saudara kita yang di Nanggro Aceh sana, setelah tsunami barulah syariat Islam di tegakkan?
Semua itu masih bisa terwujud, hukum Allah bisa kita tegakkan, jika kita yang ''bagaikan buih di lautan'' ini dapat menyatu. Kembali berpegang teguh pada satu ikatan tali ukhuwah Islamiyah, bersatu di bawah kibaran panji Islam. Yang mengajarkan untuk tidak membangga-banggakan golongannya. Mari kita tinggalkan rasa bangga pada golongan, bangga pada organisasi yang kita miliki. Sadarilah itu semua hanyalah hijab atau dinding pemisah untuk kita bersatu. Mari kita bersatu di bawah kibaran bendera Islam. Satukan tekad dan cita-cita kita untuk menegakkan hukum dan undang-undang Allah di negeri ini. Jangan takut pada thoghut, Allah bersama kita.
Wahai para pemimpin-pemimpin organisasi Islam, kepemimpinan kalian akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah kelak di akhirat. Sudahkah yang kalian pimpin menegakan hukum Allah?
Wahai saudaraku, kami rindukan seorang pemimpin yang ta'at pada Allah dan ta'at pada Rasul. Kami berharap Allah memilihkan seorang khalifah untuk menjalankan syariat-Nya.
Saudaraku. Jika saudaraku benar-benar cinta pada Allah, bergeraklah untuk menegakkan syariat Allah. Kirimkanlah surat ini kepada semua amir, semua pemimpin organisasi Islam yang ada di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan dimana-mana sahaja khususnya untuk bersatu di bawah bendera Islam. Bersatu membentuk gerakan Islam yang akan berjuang menegakkan Hukum Islam di tanah umat Islam. Sedarilah, kita ini majoriti di negeri ini. Kenapa kita bisa di atur oleh minoriti. Dimanakah kekuatan kita sebagai orang Islam? Jangan hanya menunggu, jadilah pelopor. Harapan itu ada pada diri saudaraku untuk menyatukan umat ini. Tinggalkan sistem dan undang-undang thoghut, kita bersatu untuk menegakan syariat Islam di bumi Allah ini. Gunakan kepemimpinan kalian untuk menyatukan umat ini.