2:50:00 PTG

Semua ni dari-Nya

Nabi Allah Musa telah di timpa oleh satu penyakit. Beliau telah pergi ke bukit Thursina dan bertanya kepada Allah ubat bagi penyakit yang menimpanya. Allah telah menunjukkan kepada Nabi Musa sebatang pohon kayu yang terdapat di padang pasir yang merupakan ubat kepada penyakitnya itu.

Nabi Musa mengambil pohon tersebut sebagai ubat lalu Allah menghilangkan penyakit yang menimpanya. Beberapa tahun kemudian Nabi Musa ditimpa penyakit yang sama, lalu beliau terus mencari pohon yang sama dan menjadikannya ubat tetapi didapati penyakitnya semakin melarat.

Nabi Musa hairan, lalu bertanya kepada Allah mengenai penyakitnya yang semakin melarat itu. Allah menjawab “Sesungguhnya engkau wahai Musa pada kali pertama ditimpa penyakit telah datang kepada-Ku tetapi pada kali kedua ini engkau telah datang kepada pohon itu dan engkau telah lupa bahawa Akulah yang menghilangkan segala penyakit”.