4:06:00 PG

renungan bersama...

Maha besar ALLAH yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia.
Maha suci ALLAH yang mentakdirkan kita sebagai orang Islam. Keislaman
kita adalah anugerah ALLAH yang begitu besar dalam hidup ini. Harta, taktha
atau pun apa sahaja yang kita miliki pada masa ini tidak memberi apa-apa
makna apabila kita tidak memperolehi anugerah islam. Seluruh amalan orang-
orang yang tidak beriman dan bukan islam adalah sia-sia. Bersyukurlah kita
kepadaNya dengan sebaik-baiknya.
Orang yang beruntung adalah terus berusaha memelihara dan meningkatkan
kualiti sebagai seorang muslim. ALLAH menyediakan Al-Quran sebagai
pedoman hidup bagi orang beriman. Selain itu ALLAH juga mengutuskan
rasul yang mulia sebagai contoh terbaik bagi beribadah kepada ALLAH.
Bagi memelihara dan meningkatkan kemulian kita dari masa kesemasa, kita
perlu memiliki agenda hidup yang baik. Seorang muslim perlu merancang
kehidupan harian. Keimanan dan keislaman itu bagai tanaman. Apabila
tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan
subur. Oleh itu agenda hidup kita perlu dirancang supaya aktiviti yang
dilakukan dapat memelihara keimanan dan keislaman.
Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi apa yang mantap di dalam
hati dan diikrarkan dengan lidah, dibuktikan kebenarannya dengan amal
perbuatan. Iman juga ada dua bahagian, sebahagian kesabaran dan
sebahagian lagi kesyukuran.

9:01:00 PG

KUNCI BAHAGIA BAHAGIA BUKAN DATANG DARI KEJELITAAN WAJAHMU
MAHUPUN KEKACAKAN RUPAMU
BUKAN DARI PUTIH GEBUNYA KULITMU
MAHUPUN GAGAH PERKASANYA TUBUHMU
BUKAN DARI TINGGI MANCUNGNYA HIDUNGMU ATAU TINGGI LAMPAINYA SUSUKMU
BUKAN DARI SISIR HALUSNYA ALISMU
MAHUPUN SEGAK BERGAYANYA RAMBUTMU
BUKAN DARI TAJAM MENGGODANYA JELINGANMU
ATAUPUN RENUNGAN MANJA BUNDAR MATAMU
BUKAN DARI MERAH DELIMA BIBIRMU
MAHUPUN MANIS BERMADUNYA UNGKAPANMU
BUKAN DARI LUNAK MERDUNYA SUARAMU
ATAU KERAS TEGASNYA ARAHANMU
BUKAN JUA DARI HARTA MEWAHMU YANG TINGGI MEMBUKIT, WANG BERTIMBUN,
JAUH SEKALI PANGKAT DAN KETURUNANMU
LALU JIKA ITU BUKAN KUNCI BAHAGIA, KENAPA KAU MILIKI SEGALANYA?
JAWAPANNYA TERLALU MUDAH
KERANA ITU HANYA PINJAMAN UNTUK SEKETIKA CUMA BAGI MENDUGA DIRIMU YANG SENTIASA LEKA DENGAN KELEBIHAN
DAN ALPA DENGAN KESYUKURAN
SEMUA ITU SEKADAR UJIAN BAGI MENILAI MANA ARAS LAYAK KAU BERPIJAK TIKA DI SANA NANTI
RUGILAH BAGI MEREKA YANG TERLALU SIBUK MENGUMPUL SEGUNUNG PERMATA HINGGA LUPA TANAH DATAR TEMPAT KEMBALI
TIADA UNTUNGLAH MEREKA YANG TERLALU ASYIK MENGEJAR SYURGA DUNIAWI HINGGA TIDAK DIENDAH JANNAH ABADI
LALU DARI MANA DATANGNYA BAHAGIA?
BAHAGIA ITU ADA DALAM DIRI
PUNCANYA DARI HATI
DATANG DARI INDAH BUDI PEKERTI DENGAN KETENANGAN SANUBARI
SERTA RASA RENDAH DIRI HINGGA TERPANCAR KEJERNIHAN PADA JASMANI
JAUH DARI SIFAT ANGKUH DAN MEMBANGGA DIRI
RASA MALU JADI PENGHIAS KANAN DAN KIRI
ILMU DAN AMAL SENTIASA SELARI
DAN REDHA PADA SETIAP KETENTUAN ILLAHI
KERANA PADA INSAN YANG BAHAGIA ITU TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN MEREKA MELAINKAN MEMPEROLEH RAHMAT ILLAHI
PABILA CINTA KASIH YANG MAHA KUASA DALAM HATIMU
PASTI BAHAGIA KAN SELALU MENEMANI LIKU HIDUPMU KERANA KAU KAN RASA MENCUKUPI
WALAU KITA HAMBA YANG DITAKDIRKAN SERBA KEKURANGAN.
Senyum mujahidah mencari syahid....:)

8:59:00 PG

"Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita..
bahawa erti kehidupan yang sebenarnya...
bahkan mengajar kita siapakah Allah yang hakiki..

pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati..
pada hati yang mudah tersentuh...telus...dan halus...
Namun ucapan"aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita...

sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup...
erti menjadi seorang mukmin yang sejati..
Tidak mengapa kita merintih..
akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi..
kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..
tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian..
Allah tak pernah menolak kehadiran kita..
kita saja..yang menolakNya..
Nauzubillah...

Andai tiada pengalaman ini..
adakah kita akan mengingati Allah...
tepuk dadamu..
tanyalah imanmu..
kerana apa..imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur...

kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi...
ingatlah duhai sahabat..
tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik...
Nantikanlah hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..

4:42:00 PG

4:23:00 PG

3:47:00 PG

Ayat 1000 dinar

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

7:47:00 PG

Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.