1:52:00 PG

DOSA SEMALAM

Seorang hamba Allah yang baik hati dan taat pada perintah-Nya…., disebabkan dengan ketaatan-Nya kepada Allah…., syaitan mula untuk menyesatkannya dan ingin meragu-ragukan hamba Allah ini.

Hamba Allah ini mula berfikir yang bukan-bukan dan merasakan dirinya terlalu banyak dosa……dan dia takut akan seksaan Allah.

Disebabkan hamba Allah itu banyak berfikir…., kesihatannya mula terjejas.

Satu hari…,Allah membantunya dengan menemukannya dengan seorang alim lagi arif…., hamba Allah ini menceritakan kepada orang yang alim tersebut tentang masalahnya…, kemudian

Orang alim itu menasihatkan supaya bersyukurlah kamu kepada Allah dengan dosa-dosa yang telah kamu lakukan dulu kerana ia akan mendekatkan kamu kepada Allah….., iaitu dengan penyucian jiwa dan beribadah.

Kamu memang digalakkan untuk berfikir tentang apa sahaja

akan tetapi janganlah sampai kamu masuk ke dalam lembah kekufuran.

Berfikirlah dengan ilmu dan amalan……bukan berfikir dengan

Rintihan yang sia-sia.

Akhirnya….

Hamba Allah itu sedar dan terus beribadah kepada Allah

Sampai akhir hayatnya dan

Syaitan berputus asa untuk menyesatkannya….

Dosa yang pernah kita lakukan dahulu….boleh mendekatkan

Kita kepada Allah dengan melakukan taubat nasuha dan penyucian jiwa.

Kita hanya manusia biasa yang tidak boleh terlepas daripada dosa.

Fikirkanlah dengan ilmu dan iman

Serta yakinlah bahawa

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

0 ulasan: