10:30:00 PG

Ya Allah….,berikanla ku kekuatan


Hebatnya ujian yang menimpa diri ini, ya Allah....berikanlah aku kekuatan,kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala kesulitan. Hanya Allah tempat aku mengadu…,memohon segala hajat,menitiskan air mata keinsafan dan airmata kegembiraan. Aku sangat bersyukur kerana diberi ujian sebegini walaupun ia amat berat untuk aku pikul sebenarnya. Tapi aku yakin setiap detik yang berlaku,pasti ada hikmah disebaliknya…,aku sentiasa bersangka baik setiap apa yang berlaku walaupun pahit untuk aku lalui semua ni. Setiap kali aku ditimpa kesusahan,aku akan cuba muhasah diri, bersabar dan berdoa. “hanya Allah tempat aku bergantung harap”

Memang tidak dinafikan, begitu banyak perkara yang perlu aku lalui sekarang ni, tapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat dilubuk hati ini..,

0 ulasan: