2:43:00 PG

Ringankanlah dirimu untuk Solat Dhuha

 Daripada hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang
temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah,
tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah
dan tiap-tiap takbir adalah sedekah.Menyeru makruf adalah sedekah,
mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan
dua rakaat solat Dhuha.
  Solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang 
dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada
setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh
nikmat Illahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik
kepada terima kasih seorang hamba kepada Mah
Penciptanya.

0 ulasan: